Jumaat, 13 Januari 2012

Mati Dan Kematian

credit to : http://hambalialorstari.blogspot.com/


Terbujur Jasad Itu. . . . Kaku
Tiada Lagi Rukuk Dan Sujud
Tiada Lagi Briani Dan Teh Tarik
Hanyalah Tidur Yang Panjang

Siapakah Yang Terbujur Itu ?
Dia Adalah Aku Dan Kamu
Jika Kamu Marah . . . . .
Dia Adalah Aku Dan Aku . . . .

Kenapa Begitu ?
Agar Gemetar Aku Dan Kamu
Agar Sedar Aku Dan Kamu
Di Mana Dan Ke Mana Kita ?

Kerana Aku Dan Kamu
Lalai Dan Sibuk Memanjang
Di Darul Fana Ini

Persoalanya
Bolehkah Aku Dan Kamu
Bahagia Dan Sejahtera
Di Darul Khulud Nanti ?

Kerana
Kad Jemputan Aku Dan Kamu
Telah Pun Di Hantar
Cuma Berlainan Tarikhnya

Aku Sedang Menunggu
Kamu Juga Sedang Menunggu

Pasti dan Pasti
Ianya Akan Sampai
Pada Tarikh Yang Ditentukan

Harapan Aku. . . .
Agar Tarikh Jemputan Itu
Menyenangkan "Dia" dan Aku

D Tempat Yang Jauh
Jauh Dari Rumahku
Agar Aku Beroleh Berehat Panjang
Di Bumi KekasihNya.

Amin Ya Rabbal A'lamin. . . . .

( Tak kala mengenangi kematian rakan seusaha
Abg Zainal, Roslan dan Sdr Khalid Bhai )

Nukilan :
al-alostari
10.30 pg Pasir Gudang
2 Jan 2012

P/s : Sajak Yang Berkaitan
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/01/embun-di-atas-kuburan.html

Jumaat, 6 Januari 2012

Balik ke mohalla....

Alhamdulillah...Jemaah kami seramai 9 orang yang gerak selama 40 Hari di Bintulu dan Miri, Sarawak baru jak selamat di tangguhkan di Markas Tawau pada 30.12.2011 lepas.

Pengalamankalini  sungguh menarik, banyak yang kami belajar dan banyak lagi yang belum diamal...smg Allah beri taufik untuk amal. Jemaah satu hati sehingga x sedar masa tangguh ...

Kata orang lama masa keluar kalau kita banyak dakwah masa keluar x terasa lama, mcm bulan Ramadhan kalau banyak baca Quran x trasa masanya...
 
Daripada jemaah kami 3 orang  1st time 40H dan tahun  ni azam keluar 4 bulan...smg Allah mudah keluar 4 bulan IPB tahun ni....

Balik jak mohalla mula sibuk dgn dunia....dlm sibuk ni smg Allah swt bg taufik utk jg 5 amal(susahsenang, sakitsihat, apkeadaan dlm 5 amal)....amin.


3 Hari di Bakun, Bintulu....smpat mlawat empanngan Bakun



mesej from Bakun..."the dam is save"




Hidangan makan malam di Kg Melayu, Belaga....orang nusrah sediakan capati yg tbsar di dunia...



Zulaikha makin sihat.....