Sabtu, 6 April 2013

Iman Bilghoib

Iman bilghoib iaitu beriman dengan perkara yang ghaib.Iman bilghoib akan sempurna apabila pandangan manusia antara tanah dan emas sama saja.

Sebagaimana tanah tidak boleh buat apa-apa, begitu juga seseorang yang memiliki emas seluruh dunia pun tidak boleh buat apa-apa.

Iman bilghoib akan jadi sempurna apabila satu bangkai dengan seorang raja sama sahaja tidak boleh buat apa-apa.


Tetapi apabila seseorang menyangka penyelesaian masalahnya di tangan Raja, Raja pun tidak boleh control dirinya sendiri, misalnya, Raja berkata pada kuku "wahai kuku kamu jangan panjang lagi, cukup setakat itu sahaja". Kuku ini akan mendengar cakap Raja atau terus panjang ikut perintah Allah swt?

Dalam badan Raja ada peredaran darah, darah bergerak dengan perintah Raja atau dari pengurusan Allah swt?

Raja sendiri tidak dapat mengurus badannya sendiri bagaimana ia akan menyelesaikan masalah orang lain.

Iman bilghoib juga tidak akan sempurna selagi seseorang itu tidak merasa apa-apa samada dia dipuji atau dikeji.

Dalam kita buat usaha agama apabila kita pergi satu kampung, penduduk kampung suka dan puji jemaah maka kita suka, kemudian kita pergi kampung lain, penduduk kampung keji kita, kita tinggalkan kampung tersebut.

Kita tetap buat usaha agama samada satu dunia puji kita atau keji kita, kita buat semata-mata kerana Allah.

(Bayan Subuh oleh Maulana Ehsan - Ijtimak Tonggi 14 Januari 2012)