Selasa, 19 Julai 2016

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Lama x singgal blog ni, saja singgah, nak upload gambar memory sebelum terdelet.

Kenangan itu sukar dilupakan, semoga jadi asbab kebaikan dan hidayat.


Rabu, 14 Ogos 2013

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi besar Muhammad saw. Semoga Allah swt memelihara usaha agama yang hak dan membantu mereka yang ikhlas dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah.

Belum terlambat rasanya saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Ramadhan sudah berlalu....... terasa amat rugi sebab tidak memaksimumkan amalan di sepanjang bulan mulia tersebut. Teringat satu bayan yang pernah didengar.....para sahabat letak agama atas kepala dan pegang dunia dengan tangan, apabila agama goyang mala mereka akan lepaskan dunia untuk pegang agama. Hari ni kita junjung dunia atas kepala dan pegang agama, apabila datang masalah dunia kita lepaskan agama untuk pegang junjung dunia kita. Habis agama berterabur...Quran entah ke mana zikir entah ke mana. Huhuhu. Keadaan ni tiada warranty untuk selamat di alam seterusnya nanti. Semoga Allah swt maafkan kita semua.

Ok. Cerita raya kali ni agak ringkas...balik beraya ke Sandakan hanya 3 hari 2 malam. Ziarah saudara mara pastu balik semula ke Lahad Datu. Penat juga ba. Dengan keadaan isteri yang dah 5 bulan dan tak boleh jalan lama jauh dan lama dan naik tangga tinggi2. Kesian si isteri. Semoga anak yang bakal lahir jadi anak soleh / soleha. Amin!

Di rumah kakak di Kampung Gas, Sandakan

Sabtu, 6 April 2013

Iman Bilghoib

Iman bilghoib iaitu beriman dengan perkara yang ghaib.Iman bilghoib akan sempurna apabila pandangan manusia antara tanah dan emas sama saja.

Sebagaimana tanah tidak boleh buat apa-apa, begitu juga seseorang yang memiliki emas seluruh dunia pun tidak boleh buat apa-apa.

Iman bilghoib akan jadi sempurna apabila satu bangkai dengan seorang raja sama sahaja tidak boleh buat apa-apa.


Tetapi apabila seseorang menyangka penyelesaian masalahnya di tangan Raja, Raja pun tidak boleh control dirinya sendiri, misalnya, Raja berkata pada kuku "wahai kuku kamu jangan panjang lagi, cukup setakat itu sahaja". Kuku ini akan mendengar cakap Raja atau terus panjang ikut perintah Allah swt?

Dalam badan Raja ada peredaran darah, darah bergerak dengan perintah Raja atau dari pengurusan Allah swt?

Raja sendiri tidak dapat mengurus badannya sendiri bagaimana ia akan menyelesaikan masalah orang lain.

Iman bilghoib juga tidak akan sempurna selagi seseorang itu tidak merasa apa-apa samada dia dipuji atau dikeji.

Dalam kita buat usaha agama apabila kita pergi satu kampung, penduduk kampung suka dan puji jemaah maka kita suka, kemudian kita pergi kampung lain, penduduk kampung keji kita, kita tinggalkan kampung tersebut.

Kita tetap buat usaha agama samada satu dunia puji kita atau keji kita, kita buat semata-mata kerana Allah.

(Bayan Subuh oleh Maulana Ehsan - Ijtimak Tonggi 14 Januari 2012)



Selasa, 26 Mac 2013

Setiap masa dan keadaan setiap kita mau fikir bahawa kejayaan hanya dalam mentaati perintah Allah dgn cara baginda Nabi saw. Barang siapa ada agama dalam dirinya maka dia dalam kejayaan walaupun pada zahirnya dia tiada apa. Satu orang yang tiada agama dalam dirinya maka sesungguhnya dia dalam kegagalan walaupun dia ada segala-galanya. gasht lepas maghrib di tempat saya dah jalan....Alhamdulillah

Rabu, 13 Mac 2013

Semoga kembali macam dulu

Resahnya hati ini, semoga semua ini cepat berakhir...menangis hati ini kelopak mata pula menahan air mata...sedih ba...sepatutnya minggu ni mohala saya keluar 3 hari. Tapi orang tua nasihatkan buat masa jgn dulu ada pergerakan jemaah di luar mesjid buat amal dalam mesjid jak dulu sampai keadaan pulih. 2 gasht, 2 1/2 jam , 3 hari tanggu dulu...huhuhu ya Allah maafkan kesalahan-kesalahan kami.... Buat anggota keselamatan yg sedang berjuang di Tanjung Labian semoga Allah swt melindungi dan membantu kalian.

Selasa, 8 Januari 2013

dah seminggu....balik 4 Bulan

      Alhamdulillah pada penghujung Disember lepas selesailah sudah perjalanan selama 4 bulan. Pengalaman keluar 4 bulan di India dan Bangladesh kali ini memang luar biasa...terasa sedih pula hati ini bila teringat masa-masa khuruj di sana. InsyaAllah akan datang saya azam untuk ke sana lagi....amin.

     Di India kami keluar di dua kawasan iaitu Daerah Cuttack, Orissa dan Meerut, Uttar Pradesh.

     Di Bangladesh Jemaah kami gerak di kawasan Araiazar Tanah (lebih kurang cam ni la bunyi tempat tu) yang terletak kira-kira 70 km dari Markas Kakrail di Dhaka.

     Ini kali kedua saya ke India tetapi kali ni pengalamannya lebih hebat, sebab yang dulu tu hanya 40 H. Betullah kata orang...memang luar biasa.

     Sampai di Malaysia terasa macam mimpi saja, macam sekejap saja, hati rasa x puas dan azam akan ke sana lagi. Bentuk mujahadah di IPB hanya akan jumpa di sana. Di sana banyak yang dapat dipelajari...azam di hati akan ke sana lagi...InsyaAllah.


     Yang di bawah ni catatan siisteri yang tak sempat disiapkan dan diterbitkan oleh beliau disebabkan beliau tak berapa tau sangat menulis blog;

SUAMIKU DAIEKU....  


    Laungan azan subuh kali ini benar2 mengejutkan lenaku stlah semalaman berjaga menyiapakan keperluan kerja rumah.Faham2lah msh dlm mood raya.Apatah lg pg ni juga suamiku akan melangkah kaki kluar 4bln meninggalkan aku dan ank.Aku sepatutnya gembira dan berbangga kerana akhirnya Allah pilih suamiku meneruskan kerja suci murni baginda saw.Walaupun airmata tetap hadir membasahi pipiku.Ada waktunya hati bermonolog sendiri...namun aku tetap gagahi!Suamiku sering mengingatkan aku korban kita hari ni jauh utk dibandingkan dgn para sahabat dan sahabiah r.hum.Mujahadah kita lebih kpd mujahadah perasaan shja.Ya Allah!!!!!

         Pg td ,suamiku yg mandikan anak.Kedengaran tawa kecil (sampai sini mungkin si isteri sudah sibuk mengurus anak dll)


dunia... bila datang maut akan hilang,
agama... bila datang maut terus dapat...

    Sekarang dah sampai mohala, usaha maqami bermula dan azam akan keluar lagi dan lagi untuk usaha baironi...

Selasa, 28 Ogos 2012

4 BULAN IPB

Alhamdulillah hari yg ditunggu telah tiba.....

Hari ni...aku dan sorg lagi kawan akan mula keluar 4 bulan ke India, Pakistan dan Bangladesh. Kalau ikut kami ber3 tapi yg sorg lagi tu ada hal yg perlu dibereskan...maybe lusa atau paling lewat ahad ni dia akan menyusul ke markas Sri Petaling.

Semoga Allah swt mudah perjalanan ini....nak belajar kerja agama dari orang tua-tua di IPB. Usaha mengajak seluruh umat kpd agama Allah swt... kerja dan tanggungjawab yg telah ditinggalkan oleh umat ini...

Belajar buat kerja agama lagi dan lagi sehingga tiada lagi...

Buat kerja mati-matian, buat kerja sampai mati...