credit to: Anak Pendang Sekeluarga
Kitab
Fadhilat Amal,versi baru,hasil pencerahan oleh ulama hadith Madrasah Miftahul
Ulum,Sri Petaling.
Menjawab Tuduhan Ilmuan Wahabi ke atas Kitab Fadhilat Amal Maulana Muhammad Zakariyya (rahmatullah alaih)
[Tuduhan Ketujuh]
[Tuduhan Kesembilan]
Jawapan:
Menjawab Tuduhan Ilmuan Wahabi ke atas Kitab Fadhilat Amal Maulana Muhammad Zakariyya (rahmatullah alaih)
Saya
telah diminta oleh seorang rakan untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh
Salafi-Wahhabi kepada Maulana Ilyas rah yang dikata sebagai pengasas firqah
sesat Jemaah Tabligh dan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan ke atas kitab
tersebut.
[Tuduhan Pertama dari
Ilmuan
Wahabi ]
Nukilan
ini dalam (kitab Fadhilat Zikir) menjelaskan amalan wirid kaum sufi dengan
zikir/wirid kalimat “Laa ilaaha illallah” sebanyak 25 ribu kali setiap hari
sekurang-kurangnya?!
Wallahu
a'lam, penetapan “25 ribu kali” ini wujudkah sandarannya dari sunnah Nabi
Shallallahu 'alaihi wa Sallam?
Siapakah
yang mampu mengamalkannya atau bagaimanakah cara mengamalkannya sehingga
sebanyak 25 ribu kali ini?
Jawapan:
Penetapan
25 ribu kali ke atas adalah berdasarkan ayat Al Quran, ertinya:
“dan orang-orang lelaki yang berzikir menyebut nama Allah
dengan banyak dan perempuan yang berzikir, Allah menyediakan untuk mereka
keampunan dan pahala yang besar.” (Al Ahzab, 35)
“dan -orang yang ingatlah Allah dengan banyak, dan
bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. (Al Ahzab, 41-42)
Bilangan
25 kali adalah termasuk dalam perintah berzikir dengan banyak. Di dalam al Quran
tidak dijelaskan makna banyak tersebut dan tidak ada pun had yang ditetapkan,
maka berzikir serbanyak 25 ribu kali tidak dilarang sama sekali.
Soalan dari pengkritik: Siapakah yg mampu
mengamalkannya atau bagaimanakah cara mengamalkannya sehingga sebanyak 25 ribu
kali ini? Ini menunjukkan kejahilannya dalam bidang tasawwuf dan kesufian.
Mungkin dia merasakan dia tidak mampu,namun ramai orang lain yang mampu
melakukannya. Kerana ia telah menjadi amalan biasa pada tokoh-tokoh sufi.
Soalan
sebelumnya juga menunjukkan ketidakfahamannya cara istinbat dari ayat Al Quran.
Apabila tidak dihadkan bilangan banyak, maka sejuta kalipun dibenarkan dan lebih
baik. Penetapan 25 ribu adalah panduan yang dibuat oleh ulama yang pakar dalam
bidang tasawwuf, bukannya oleh orang jahil. Dan ini berdasarkan kepada keadaan
tertentu.
[Tuduhan Kedua]
Dinukilkan
juga dari kitab ini berkaitan seseorang yang mampu menyebut “Laa ilaaha
illallah” sebanyak 200 kali dalam sekali lafaz. Sejauh manakah kesahihan kisah
ini dan sandarannya?
Jawapan:
Ini
adalah kisah bapa Syah waliyullah Ad Dahlawi yang bernama Shah Abdur rahim yang
wafat pada tahun 1145 h (1722 m), kisah ini diceritakan oleh Shah Waliyullah di
dalam Kitabnya Al Qaulul Jamil. Kisah ini menjadi sahih kerana ia diriwayatkan
oleh seorang yang soleh iaitu Shah waliyullah Ad Dahlawi di dalam kitanya.
Khabar seorang yang adil adalah boleh diterima pakai. Kenapa harus kita
reka-reka keraguan yang tidak munasabah.
Apabila
telah ada rekod menahan nafas dalam air melbihi 10 minit maka perkara ini adalah
tidak mustahil. Seorang manusia mampu menyebut la ilaha illallah sebanyak 60
kali dalam seminit. Ertinya selama lebih kurang tiga minit dia boleh menyebut
sebanyak 200 kali.
Kalau
kata-kata Albani boleh diterima oleh pengkritik sedangkan ia seorang penulis
yang dipertikai oleh ramai ulama lain. Kenapa seorang ulama yang muktabar
seperti Shah Waliyullah Ad Dahlawi perlu dipertikaikan. Sepatutnya kata-kata
Albani yang perlu diragui kerana ia bukan pakar hadis kerana terlalu ramai ulama
yang telah menolak pendapatnya.
Shah
Waliyullah ad Dahlawi adalah sanad bagi sunan sittah di benua India. Albani pula
dapat sanad dari siapa?
[Tuduhan Ketiga]
Penulis
menyebutkan nukilan Syeikh Abu Yazid Qurthubi melalui muka surat ini bahawa
“Sesiapa yang membaca “Laa ilaaha illallah” sebanyak 70
ribu kali nescaya ia akan terselamat dari neraka Jahannam.”
Sepatutnya,
untuk menetapkan fadhilat sebegini ia perlu didatangkan dengan dalil-dalil yang
sahih. Tanpa dalil ataupun hadis-hadis yang sahih, mana mungkin kita dapat
mengetahui perkhabaran-perkhabaran ghaib seperti ini?
Jawapan:
Ini
perlu diperbetulkan kerana ayat sebenar ialah Syeikh Abu Yazid Qurtubi berkata:
aku mendengar bahawa barangsiapa membaca ‘la ilaha illah’ sebanyak 70 ribu kali
nescaya ia akan terselamat dari neraka Jahannam.
Kata-kata
Abu Yazid Qurtubi ‘aku mendengar’ mungkin bermaksud mendengar daripada hadis
yang diajarkan kepadanya, dan barangkali dari kata-kata ulama yang juga berasal
dari hadis. Ini ihtimal (anggapan) yang sopan terhadap orang soleh.
Perkara
tersebut mempunyai dalil yang sahih dan banyak, cuma pengkritik yang tidak
menemuinya kerana dihijab oleh niatnya untuk mempertikaikan setiap yang datang
dari selain Albani dan Ibnu Taimiah dan kaum yang sebangsa dengan mereka.
Dalilnya
ialah:
Pertama:
Firman
Allah taala, ertinya:
“dan orang-orang lelaki yang berzikir menyebut nama Allah
dengan banyak dan perempuan yang berzikir, Allah menyediakan untuk mereka
keampunan dan pahala yang besar.” (Al Ahzab, 35)
Firman
Allah taala, ertinya:
“wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan
katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah akan memeperbaiki amalan-amalan
kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu..”
Kata
Ibnu abbas: perkataan yang tepat ialah ucapan ‘la ilaha
illallah’
Kedua:
Sabda
Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya:
“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang
mengucapkan ‘la ilah illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia
diharamkan daripada api neraka.”
Riwayat
Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was
sifat.
Ketiga:
Sabda
Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya:
“tidaklah berkumpul suatu kaum berzikir kepada Allah, yang
mereka tidak mengkehendaki selain wajah Allah, melainkan mereka diseru oleh
penyeru dari langit, bagunlah dalam keadaan kamu diampunkan sesungguhnya
keburukan kamu telah ditukar menjadi kebaikan.”
Hadis
riwayat Ahmad, Bazzar, abu Ya’la, dan Tabrani dari Anas bin Malik. Tabrani juga
meriwayatkannya dari Sahl bin Hanzaliah. Baihaqi meriwatkannya dari Abdullah bin
Mughaffal, seperti dinyatakan dalam Durrul Manthur, Suyuti. Disahihkan oleh
Hakim.
Keempat:
Sabda
Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang tidak seorang
pun mengucapkannya dengan hati yang ihklas kemudian ia mati dalam keadaan
demikian, melainkan dia diharamkan daripada api neraka.”
Hadis
riwayat Al hakim, dan ia mengatakannya sahih di atas syarat Bukhari dan Muslim.
Dan mereka berdua telah meriwayatkan makna hadis ini.
Dalam
nas-nas di atas dinyatakan keampunan dan pengharaman dari api neraka tanpa
menyebut bilangan zikir. Ertinya zikir yang kurang daripada 70 ribu pun masih
berpeluang mendapat keampunan. Maka zikir sebanyak 70 ribu kali lebih-lebih
berpeluang mendapat keampunan.
Dalil
diatas semuanya sahih, itu menunjukkan kebenaran kata-kata Al Qurtubi.
[Tuduhan Kelima]
Melalui
muka surat ini, penulis menukilkan kisah seorang pemuda yang memiliki ilmu
“kasyaf.” Untuk memudahkan kefahaman dan rujukan, perkataan “kasyaf” di dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s. 683) bermaksud, “Penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata
hati.”
Dalam
muka surat ini, penulis menyatakan bahawa seorang pemuda melalui ilmu kasyafnya
telah mampu mengetahui bahawa ibunya sedang terbakar di dalam neraka
jahannam!
Subhanallah,
ada manusia yang mampu melihat (atau mengetahui) perkhabaran dari Syurga dan
Neraka?!Siapakah yang mampu mensahihkan
bahawa apa yang dilihatnya (atau perkhabaran yang diterimanya) tersebut memang
Syurga ataupun Neraka???!
Bukankah
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):
"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa
perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan
tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak
mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: Adakah sama orang
yang buta dengan orang yang melihat? Maka apakah kamu tidak
memikirkan(nya)?" (Surah al-An'am, 6: 50)
"Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa): "Aku memiliki
gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui yang
ghaib", dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahawa sesungguhnya aku adalah
malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina
oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada
mereka." Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; sesungguhnya aku,
kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Hud,
11: 31)
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia
tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun;
melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian
dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). (Surah al-Jin
72:26-27)
Oleh
itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta.
Lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi Allah dengan meletakkan
dirinya sejajar dengan keilmuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Seorang
sahabat, Muawiyah B. al-Hakam radhiallahu 'anhu pernah bertanya kepada
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:
“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami lakukan semasa zaman
Jahiliyyah (seperti) mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu
ghaib.”
Rasulullah
saw menjawab: “Janganlah mengunjungi orang yang
mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no.
4133)
Jawapan:
Kisah
pemuda itu disebut oleh Al Qurtubi dan kebenarannya adalah dibawah tanggungjawab
beliau. Kita boleh anggap (ihtimalkan) bahawa itu adalah gambaran yang bakal
terjadi kepada ibu pemuda tersebut dan bukannya ibunya telah berada di dalam
neraka, kerana tidak ada siapa pun yang berada di dalam syurga atau neraka
sekarang, melainkan setelah berlaku kiamat.
Mengenai
ayat:
"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu bahawa
perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan
tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak
mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. (terjemahan yang betul ialah:
dan aku tidak mengikuti melainkan apa yang diwahyukan kepadaku). Katakanlah:
Adakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat? Maka apakah kamu tidak
memikirkan(nya)?" (Surah al-An'am, 6: 50)
Juga
ayat:
"Dan aku (Nuh) tidak mengatakan kepada kamu (bahawa): "Aku
memiliki gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui
yang ghaib", dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahawa sesungguhnya aku adalah
malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina
oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada
mereka." Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; sesungguhnya aku,
kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Hud,
11: 31)
Dan
ayat:
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia
tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun;
melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian
dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). (Surah al-Jin
72:26-27)
Ayat
ini sepatutnya dimulakan dengan ayat sebelumnya iaitu (terjemahannya):
“katakanlah aku tidak mengetahui apakah dekat azab yang dijanjikan kepada kamu,
atau tuhanku telah menjadikannya lambat lagi.” Maka ia akan jadi seperti
ini:
“Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak mengetahui apakah dekat
azab yang dijanjikan kepada kamu, atau tuhanku telah menjadikannya lambat lagi.
Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib (turunnya azab), maka Dia
tidak memberitahu perkara ghaib (turun azab tersebut) yang diketahui-Nya itu
kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya
(Surah al-Jin 26-27)
Dijawab
dengan bahawa perkara ghaib boleh juga diketahui oleh para rasul sekiranya Allah
membe-ritahu mereka melalui wahyu. Nas-nas di atas tidak menafikan perkara
tersebut.Apabila para nabi boleh
mengetahui perkara ghaib setelah mendapat wahyu, maka bukan nabi juga berpeluang
dan tidak terhalang daripada mengetahui perkara ghaib tetapi dengan mimpi benar
yang dipanggil rukyah salihah di dalam hadis-hadis. Rukyah salihah itu
dinyatakan sebagai 1 per empat puluh enam daripada kenabian. Ini berdasarkan
riwayat al Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain. Hadis
Mutawatir.
Dalam riwayat lain dinyatakan sebagai satu per tujuh puluh
dari kenabian. (Ahmad, Ibnu Majah,) kata Haithami, perawi sahih.
Dalam riwayat lain dinyatakan sebagai satu perdua puluh lima
daripada kenabian. (Ibnu Najjar dari Ibnu Umar.
Erti
kenabian ialah satu juzuk daripada ilmu kenabian. Kerana kenabian telah tamat
dan yang kekal ialah ilmu kenabian. Rukyah salihah ialah pemberitahuan dan
peringatan dari Allah dengan perantaraan malaikat. (Faidul Qadir, 4/48)
Salah
satu ilmu kenabiah ialah ilmu ghaib yang disampaikan oleh Allah melalui
perantaran wahyu, maka bermakna seorang wali yang mempunyai rukya salihah juga
tidak mustahil mendapat berita ghaib.Di
dalam hadis riwayat Al Bukhari dinyatakan: sesungguhnya
ada dalam kalangan umat sebelum kamu orang diberi ilham. Sekiranya ada di dalam
umat aku Umarlah orangnya. (Irsyaduss Sari, 6/456)
Perkataan
‘sekiranya’ bukan untuk ragu-ragu kerana umatnya adalah umat yang terbaik.
Apabila telah dalam dalam umat dahulu orang yang seperti itu, maka lebih utama
ada dalam umat ini.
Firman
Allah taala, ertinya:
“dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami,
sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan-jalan Kami.” Ankabut, 69
Kata
Assuddi dan lain-lain, ayat ini turun sebelum kewajipan jihad dengan kuffar.
Kata Ibnu Atiyyah, jihad dalam ayat ini adalah sebelum
jihad memerangi orang kafir, maka ia umum untuk semua jihad dalam agama dan
mencari keredaan Allah. (Tafsir Qurtubi, 16/390)
Kata
Ibnu Abbas dan Ibrahim bin Adham, ayat ini turun
mengenai orang-orang yang beramal dengan apa yang mereka telah mengetahuinya.
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda, telah
bersabda, ertinya: “sesiapa yang beramal dengan apa yang ia telah ketahui Allah
akan mengajarnya apa yang ia belum ketahui.” (Abu Nuaim dari Anas bin
Malik)
Ini
diperkuatkan ayat 282 surah al Baqarah, ertinya: “bertaqwalah kepada Allah, dan Ia yang mengajar
kamu.”
Kata
al Qurtubi: (4/428) ini adalah janji daripada Allah bahawa sesiapa yang bertaqwa
kepada-Nya Ia akan mengajarnya. Iaitu Ia akan memasukkan nur ke dalam hatinya
yang dengannya ia akan memahami apa yang disampaikan kepadanya. Dan
kadang-kadang Ia menjadikan di dalam hatinya pada mula-mula pemisah antara haq
dan batil. Ini dinyatakan oleh firman Allah di dalam ayat 29 Surah al Anfal,
ertinya:
“dan bertaqwalah kepada Allah nescaya ia akan jadikan pemisah
untuk kamu dan Ia hapuskan dosa-dosa kamu dan mengampunkan kamu.”
Dalam
sebuah hadis, Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas beliau) telah bersabda,
ertinya: takutilah firasat seorang mukmin, kerana ia
melihat dengan nur Allah.
Riwayat
Tarmizi, Hakim Termizi, Tabrani dan lain-lain. Kata haithami isnad Tabrani
hasan. (Faidhul Qadir, Syarah Jamius Soghir, 1, 144) tapi muhdith wahabi al
Albani telah mendoifkannya.
Ertinya
ia melihat dengan mata hatinya yang disinari nur Allah. Kata Ibnu ‘Atoillah:
pengetahuan sesetengah wali-wali Allah mengenai perkara
ghaib adalah harus dan benar-benar berlaku. Kerana ia melihat dengan nur Allah.
Tetapi disyaratkan untukmencapai nur tersbut seseorang itu hendaklah menahan
daripada melihat perkara yang diharamkan. (Faidhul Qadir, 1/143)
Sabdanya
lagi: takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat
dengan nur Allah dan bertutur dengan taufiq Allah. (Ibnu Jarir dari
Thauban)
Mengenai
hadis “Janganlah mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib.” (Hadis Riwayat Muslim, 11/269, no. 4133)
Orang yang dimaksudkan di dalam hadis ialah kahin/kuhhan.
Kuhhan adalah orang yang memberitahu perkara akan datang selepas diberitahu oleh
jin kemudian mereka mencampur adukkan dengan pembohongan di dalamnya.
(Bukhari, Muslim, Ahmad. Mirqah, 8/407) tetapi kihanah
(perbuatan kuhhan ini terhenti selepas pengutusan Nabi Muhammad (selawat dan
salam ke atas baginda) (Mulla Ali al Qari, Mirqah, 8/406)
Hadis
ini tidak ada kena mengena dengan orang yang mempunyai kasyaf. Kerana kasyaf
melihat dengan nur Allah, rukya salihah dan hidayat dari Allah bertutur dengan
taufiq Allah. Perbezaan kahin dengan kasyif adalah seperti langit dan
bumi.
Jadi
kesimpulannya manusia selain nabi tidak mustahil mendapat berita ghaib sekiranya
ia mendapat rukya salihah dan bermujadah di dalam membantu agama Allah.Pengkritik mempertikaikan, Siapakah yang mampu
mensahihkan bahawa apa yang dilihatnya (atau perkhabaran yang diterimanya)
tersebut memang Syurga ataupun Neraka???!
Dijawab
siapakah yang boleh mensahihkan bahawa kasyaf itu adalah palsu. Perkara ini
sepatutnya diserahkan kepada Abu Yazid al Qurtubi kerana dia yang
meriwayatkannya. Dan kerana ia seorang yang soleh maka kabarnya boleh diterima.
Kesahihan kasyaf pula tidak seorang ulama pun yang mengatakan ianya betul
seratus peratus. Maulana Zakariya sendiri telah menyatakan bahawa kasyaf bukanya
perkara penting dalam tasawwuf.
Saya
hanya ingin tekankan bahawa kasyaf tidak mustahil dalam syarak.
Pengkritik
berkata : Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya
mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta. Lebih dari itu dia sebenarnya cuba
menjadi sekutu bagi Allah dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan
Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Ini
adalah tuduhan dari pengkritik sebagai kesimpulan daripada ayat-ayat Al Quran
tersebut. Apabila ternyata bahawa berita ghaib juga boleh dicapai melalui rukya
salihah dan firasat maka tuduhan ini menjadi tanda biadapnya pengkritik kepada
ulama-ulama dahulu. Apakah para nabi menjadi sekutu bagi Allah sebab mereka juga
mengetahui ilmu ghaib melalui perantaraan wahyu?
[Tuduhan Kelima]
Pada
muka surat ini penulis menukilkan bahawa dengan bacaan/wirid “Laa ilaaha
illallah” sebanyak 70 ribu kali yang dihadiahkan kepada orang yang sedang
terbakar dalam Neraka telah menyelamatkan orang tersebut.
Lalu
dengan kisah ini, dinukilkan pula pembenaran fadhilat amalan wirid dengan nisab
70 ribu kali tersebut.
Lalu
kemudian penulis membenarkan fadhilat amalan tersebut sambil menegaskan adanya
teknik untuk melatihkan setiap tarikan dan hembusan nafas tidak berlaku
melainkan padanya disertai dengan zikrullah. Kata penulis, “Ratusan juta manusia
di kalangan umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melatihkan diri
dengan amalan tersebut.”
Persoalan
seterusnya, adakah ia termasuk teknik yang dianjurkan atau ditunjukkan oleh
as-Sunnah dalam mengamalkan zikrullah?!
Sampai
begitu sekali...
Jawapan:
Perkara
ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan zikir yang banyak.
[Tuduhan Keenam]
Pada
halaman ini, penulis (Maulana Zakariya al-Kandahlawi) menyebutkan pula tentang
ilmu Kasyaf yang dimiliki oleh Syeikh Abdul Aziz Dabbagh mampu membezakan di
antara ayat al-Qur'an, hadis qudsi, hadis nabawi, dan hadis palsu!
Nampaknya
kehebatan yg dimiliki oleh beliau ini (Syeikh Abdul Aziz Dabbagh) melangkaui
keilmuan para muhadditsin dan methode ahli hadits!Kerana mampu memilih hadis-hadis dan menilik
perkataan manusia hanya dgn kasyaf (penyingkapan ghaib)...
Perkara
ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan kasyaf.
[Tuduhan Ketujuh]
Halaman
ini menunjukkan nukilan penulis terhadap kisah-kisah "kasyaf" ahli sufi sehingga
mampu mendengar tasbihnya para haiwan dan makhluk2 lainnya. Serta mampu melihat
dosa-dosa berguguran dari air wudhu' seseorang, malah mampu menilainya sama ada
dosa kecil atau besar.Perkara ini telah
dijawab dahulu berkenaan dengan kasyaf.
[Tuduhan Kelapan]
Melalui
nukilan ini, sekali lagi penulis membawakan kisah-kisah kasyaf dan pelik yang
menyanggahi sunnah dan fitrah manusia normal.Melalui kitab ini, penulis telah menukilkan
kuasa kasyaf seseorang mampu merungkai dan melihat kenajisan air mustakmal
semudah itu? Sedangkan melalui kaedah atau methodhodlogi fiqh yg betul,
perbahasan tentang air mustakmal ini membawa kpd hukum suci.
Seterusnya,
penulis sekali lagi membawakan kisah yg jauh lebih pelik. Juga kisah yang
menyanggahi sunnah dan fitrah, bahkan bertentangan dengan tabi'at seorang
manusia normal, bahkan para nabi sekalipun. Iaitu seseorang yang penulis katakan
tidak dapat buang air dan beristinja' walau di mana pun jua kerana beliau
melihat (secara kasyaf) pada setiap tempat wujudnya nur ilahi.Bukankah ini suatu bentuk penghinaan kepada
Allah? Adakah sehingga dalam tandas pun memiliki nur ketuhanan?Tidakkah pernah kita membaca dan belajar dari
sunnah tentang adab-adab buang air dan adab-adab istinja'?
Jawapan:
Perkara
ini telah dijawab dahulu berkenaan dengan kasyaf.
Satu
perkara yang perlu diperingatkan bahawa Maulana Zakariyya hanya menukil sahaja
daripada kitab-kitab lain kisah-kisah mengenai kasyaf tersebut. Jadi pengkritik
sepatutnya menuju kritikan tersebut langsung kepada pengarang kitab asal bukan
kepada Maulana Zakariyya.
Maulana
Zakariya dan juga ulama-ulama pengarang kitab yang berkenaaan dengan kasyaf
adalah golongan yang menerima dan mempercayai kasyaf. Dan perkara ini telah saya
jelaskan. Jadi sesiapa yang tidak menerima dan tidak percaya kepada kasyaf itu
terserah kepada mereka. Mereka juga tidak boleh memaksa orang lain menerima
pendapat mereka.
[Tuduhan Kesembilan]
Contoh
hadis dhaif yang digunakan berhujjah oleh penulis (Maulana Zakariya).Juga turut
dibacakan sebahagian besar pendukung jama'ah Tabligh di masjid-masjid dan
surau-surau seluruh negara pada hari ini.
“Ketika Adam telah berbuat dosa, ia pun mengangkat kepalanya
ke atas langit kemudian berdoa, “Aku meminta kepada-Mu berkat wasilah Muhammad,
ampunilah dosaku.” Maka Allah berfirman kepadanya: “Siapakah Muhammad (yang
engkau maksud)?” Maka Adam menjawab, “Maha berkah nama-Mu ketika engkau
menciptakan aku, akupun mengangkat kepalaku melihat 'Arsy-Mu, dan ternyata di
situ tertulis: Laa ilaaha illallah Muhammadun Rasulullah. Maka akupun mengetahui
bahwa tidak seorang pun yang lebih agung kedudukannya di sisi-Mu dari orang yang
telah engkau jadikan namanya bersama dengan nama-Mu.” Maka Allah berfirman
kepadanya: “Wahai Adam, sesungguhnya dia adalah Nabi terakhir dari keturunanmu,
kalaulah bukan karena dia, niscaya Aku tidak akan menciptakanmu.”
(Fadhilat ziikir, 154)
Penulis
(al-Kandahlawi) menyatakan: “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam ash-Shaghir,
al-Hakim, Abu Nu’aim, al-Baihaqi yang keduanya dalam kitab Ad-Dala`il, Ibnu
‘Asakir dalam Ad-Durr, dan dalam Majma’ az-Zawa`id (disebutkan): Diriwayatkan
oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan ash-Shaghir, dan dalam (sanad)-nya ada
yang tidak aku kenal. Aku berkata: Dan dikuatkan yang lainnya berupa hadits yang
masyhur: “Kalau bukan karena engkau, aku tidak menciptakan jagad raya ini”,
al-Qari berkata dalam al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.” (Rujuk matan arab yg
tidak diterjemahkan oleh penerbit)
Penulis
sendiri telah menyebutkan bahawa hadis ini bermasalah. Tetapi kebanyakan
pengikut jama'ah tabligh yang menyampaikan atau membacakan hadis ini jarang
sekali mempedulikannya. Mungkin kerana penjelasan tentang kelemahan hadis ini
tidak diterjemahkan sekali.Ia dibaca dan
disampaikan sebagaimana hadis-hadis sahih kebiasaannya,tanpa menitik-beratkan
methodologi dan disiplin menyampaikan riwayat/hadis dhaif.
Disiplin
dalam menyampaikan sesuatu hadis yang tidak sahih, ia perlu dijelaskan sekali
dengan kelemahan (kedhaifan) hadis tersebut. Supaya orang ramai tidak akan
menganggap hadis yang sedang disampaikan tersebut adalah sahih dan pasti
datangnya dari Nabi Saw. W/A.
Ini
adalah di antara contoh nukilan hadis maudhu' dari kitab Fadhail Amal karya
Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi.Oleh itu berhati-hatilah dalam menyampaikan
hadis. Jangan menyandarkan apa yang tidak pasti kepada Nabi Shallallahu 'alaihi
wa Sallam. Apatah lagi jelas ianya lemah atau palsu.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan
(menyebarkan) setiap apa yang dia dengar.” (Hadis Riwayat Muslim,
Mukaqaddimah Shahih Muslim,
Jawapan:
Sebenarnya
pengkritik telah melakukan kesalahan/kesilapan dalam terjemahannya. Terjemahan
tepatnya adalah seperti di bawah:
“Aku
(Maulana Zakariyya) berkata: bahagaian akhir hadis ini diperkuat oleh sebuah
hadis masyhur : “Kalau bukan karena engkau, aku tidak menciptakan jagat raya
ini”, al-Qari berkata dalam al-Maudhu’at: “Hadits ini palsu.”
Selepas
itu Maulana zakariyya meneruskan kata-kata yang tidak dinyatakan oleh
pengkritik, iaitu: “tetapi makna hadis ini sahih, dan dalam kitab At Tasyarruf
maknanya tsabit.
Bahagian
pertama hadis ini diperkuatkan oleh riwayat yang banyak bahawa: ditulis di Arasy
dan daun-daun syurga: la ilaha illallah taala
Muhammadur Rasulullah, seperti yang dibentangkan tariq-tariq hadis ini oleh As
Suyuti dalam kitab Manaqib Al laie pada banyak tempat, dan ia (Suyuti) juga
membentangkan banyak syahid (penyokong) hadis ini dalam kitab tafsirnya pada
surah Alam Nasyrah. “ (intaha kalam Maulana Zakariyya)
Bahagian
akhirnya ialah: “kalaulah bukan karena dia, niscaya Aku
tidak akan menciptakanmu.” Bahagian pertama ialah: “akupun mengangkat kepalaku
melihat 'Arsy-Mu, dan ternyata di situ tertulis: Laa ilaaha illallah Muhammadun
Rasulullah.” (Fadhilat zikir, 155, hadis no 28)
Macam
mana nak pertikai Maulana Zakariyya,baca matan Arab pun salah.Pengkritik
nampaknya keliru kalimah Al akhar denghan al Akhir.Kalimah Al Hadis Al Masyhur ialah fail bagi
fiil ‘yuaiiyidu’. Kalimah al akhira adalah maful
bih.Terjemahan ‘berupa’ tu pengkritik ambil dari mana?Lepas ini elok pengkritik sambung belajar lagi,
jangan buang masa nak kritik orang yang lebih alim daripada pengkritik,dan
jangan buang masa buat dosa mencaci orang-orang soleh.
Sebenarnya
al Hakim berkata bahawa hadis ini sahih isnad. Hadis no 4224. (Syifaul Saqam,
Subki, 358.) Perawi-perawi yang tidak diketahui oleh al Haithami pengarang kitab
Zawaid ialah yang di dalam riwayat Tabrani, bukan dalam riwayat al Hakim.
Hadis
yang dikata palsu oleh Mulla Ali Qari ialah hadis: “Kalau bukan kerana engkau, aku tidak menciptakan jagat raya
ini”, bukannya hadis riwayat Hakim ini.
Kata
pengkritik: Ibnu Taimiyyah dalam Majmu' al-Fatawa, 254-255 menyebutkan di
dalamnya (riwayat Halim dan lain-lain) ada perawi 'Abdurrahman B. Zaid B. Aslam
yg banyak meriwayatkan hadis-hadith palsu. 'Abdurrahman ini lemah menurut
kesepakatan ulama hadis dan sering sekali salah. al-Albani rahimahullah
mengatakan hadis tersebut maudhu' dalam kitab at-Tawassul, m/s. 105-106
Namun
kata Subki: Abdurrahman bin Zaid bin Aslam tidak doif seperti yang didakwa oleh
Ibnu Taimiyah. (361). Kata Imam Al Mizzi di dalam Tahzibul Kamal (4/404): Ahmad
telah mendaifkannya sedikit. Dan Ibnu Abi Hatim mengatakan ia tidak kuat di
dalam hadis. Ia seorang yang baik tetapi lemah dalam hadis. Kata Ibnu Adi di
dalam Al Kamil: (4/1585): dia antara orang yang boleh diteima oleh manusia dan
dia dianggap benar oleh sebahgaian manusia. Dari itu bermakna Abdurrahman ini
bukan perawi yang ditinggalkan.(matruk)
Ini
menunjukkan bahawa tidak ada kesepakatan di atas kelemahannya.Al Hakim juga meriwayatkan hadis lain yang
hampir sama dengan hadis ini yang menjadi penyokong kedua-kedua bahagian hadis
tadi . Ertinya:
“Allah telah mewahyukan kepada Nabi Isa (alaihissalam), wahai
Isa berimanlah dengan Muhammad, dan suruhlah umatmu yang menemuinya supaya
beriman dengannya. Jika tidak kerana Muhammad tidaklah aku menciptakan Adam,
jika tidak kerana Muhammad tidaklah aku ciptakan syurga dan neraka. Sesungguhnya
aku telah menciptakan Arasy di atas air lalu ia bergoncang, maka aku tuliskan
‘LA ILAHA ILLALLAH, maka ia tenang.Kata Al Hakim: hadis ini hasan sahih isnad,
tetapi Al Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya.(Imam As Subki, Syifaul
Saqam, 360)
Kesimpulannya
hadis Hakim di atas bukan hadis maudhu’ (palsu) kerana Hakim salah seorang
perawinya mengatakannya sahih. Dan sekiranya ia lemah berdasarkan pandangan Ibnu
Taimiya, ia masih mepunyai penyokong/syahid yang juga menyebabkab hadis ini
tidak boleh dihukum maudhu’.