Selasa, 28 Ogos 2012

4 BULAN IPB

Alhamdulillah hari yg ditunggu telah tiba.....

Hari ni...aku dan sorg lagi kawan akan mula keluar 4 bulan ke India, Pakistan dan Bangladesh. Kalau ikut kami ber3 tapi yg sorg lagi tu ada hal yg perlu dibereskan...maybe lusa atau paling lewat ahad ni dia akan menyusul ke markas Sri Petaling.

Semoga Allah swt mudah perjalanan ini....nak belajar kerja agama dari orang tua-tua di IPB. Usaha mengajak seluruh umat kpd agama Allah swt... kerja dan tanggungjawab yg telah ditinggalkan oleh umat ini...

Belajar buat kerja agama lagi dan lagi sehingga tiada lagi...

Buat kerja mati-matian, buat kerja sampai mati...





Isnin, 20 Ogos 2012

Taqabbalallahu minna waminkum

sms 1:
"sebening air wudhu,
sesuci al-Quran,
semerdu alunan zikir,
sekusyuk solat lima waktu,
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
...Andai tangan tak sempat berjabat,
jika muka tak sempat bersua,
izinkan hati memohon Maaf, Zahir dan Batin"

sms 2:
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah penawarnya,
jika seluruh UMUR adalah DOSA makaTAUBATlah ubatnya,
jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHANlah PEMUTIHnya,
jika SELURUH HARI adalah NISTA maka AIDILFITRIlah PENYUCInya,
jika TAQWAmu diuji maka HIJRAHlah jawabnya...

sms dr isteri:
Ayam, serai, halia, kelapa parut, bla bla bla....nanti singgah beli...

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR, BATIN....daripada saya sekeluarga
(hari raya kedua masa tengahari baru ada masa update blog, sambil2 ayun anak manja ku Sitti Zulaikha dalam buaian)