Selasa, 8 Januari 2013

dah seminggu....balik 4 Bulan

      Alhamdulillah pada penghujung Disember lepas selesailah sudah perjalanan selama 4 bulan. Pengalaman keluar 4 bulan di India dan Bangladesh kali ini memang luar biasa...terasa sedih pula hati ini bila teringat masa-masa khuruj di sana. InsyaAllah akan datang saya azam untuk ke sana lagi....amin.

     Di India kami keluar di dua kawasan iaitu Daerah Cuttack, Orissa dan Meerut, Uttar Pradesh.

     Di Bangladesh Jemaah kami gerak di kawasan Araiazar Tanah (lebih kurang cam ni la bunyi tempat tu) yang terletak kira-kira 70 km dari Markas Kakrail di Dhaka.

     Ini kali kedua saya ke India tetapi kali ni pengalamannya lebih hebat, sebab yang dulu tu hanya 40 H. Betullah kata orang...memang luar biasa.

     Sampai di Malaysia terasa macam mimpi saja, macam sekejap saja, hati rasa x puas dan azam akan ke sana lagi. Bentuk mujahadah di IPB hanya akan jumpa di sana. Di sana banyak yang dapat dipelajari...azam di hati akan ke sana lagi...InsyaAllah.


     Yang di bawah ni catatan siisteri yang tak sempat disiapkan dan diterbitkan oleh beliau disebabkan beliau tak berapa tau sangat menulis blog;

SUAMIKU DAIEKU....  


    Laungan azan subuh kali ini benar2 mengejutkan lenaku stlah semalaman berjaga menyiapakan keperluan kerja rumah.Faham2lah msh dlm mood raya.Apatah lg pg ni juga suamiku akan melangkah kaki kluar 4bln meninggalkan aku dan ank.Aku sepatutnya gembira dan berbangga kerana akhirnya Allah pilih suamiku meneruskan kerja suci murni baginda saw.Walaupun airmata tetap hadir membasahi pipiku.Ada waktunya hati bermonolog sendiri...namun aku tetap gagahi!Suamiku sering mengingatkan aku korban kita hari ni jauh utk dibandingkan dgn para sahabat dan sahabiah r.hum.Mujahadah kita lebih kpd mujahadah perasaan shja.Ya Allah!!!!!

         Pg td ,suamiku yg mandikan anak.Kedengaran tawa kecil (sampai sini mungkin si isteri sudah sibuk mengurus anak dll)


dunia... bila datang maut akan hilang,
agama... bila datang maut terus dapat...

    Sekarang dah sampai mohala, usaha maqami bermula dan azam akan keluar lagi dan lagi untuk usaha baironi...

Tiada ulasan: