Rabu, 14 Ogos 2013

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi besar Muhammad saw. Semoga Allah swt memelihara usaha agama yang hak dan membantu mereka yang ikhlas dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah.

Belum terlambat rasanya saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Ramadhan sudah berlalu....... terasa amat rugi sebab tidak memaksimumkan amalan di sepanjang bulan mulia tersebut. Teringat satu bayan yang pernah didengar.....para sahabat letak agama atas kepala dan pegang dunia dengan tangan, apabila agama goyang mala mereka akan lepaskan dunia untuk pegang agama. Hari ni kita junjung dunia atas kepala dan pegang agama, apabila datang masalah dunia kita lepaskan agama untuk pegang junjung dunia kita. Habis agama berterabur...Quran entah ke mana zikir entah ke mana. Huhuhu. Keadaan ni tiada warranty untuk selamat di alam seterusnya nanti. Semoga Allah swt maafkan kita semua.

Ok. Cerita raya kali ni agak ringkas...balik beraya ke Sandakan hanya 3 hari 2 malam. Ziarah saudara mara pastu balik semula ke Lahad Datu. Penat juga ba. Dengan keadaan isteri yang dah 5 bulan dan tak boleh jalan lama jauh dan lama dan naik tangga tinggi2. Kesian si isteri. Semoga anak yang bakal lahir jadi anak soleh / soleha. Amin!

Di rumah kakak di Kampung Gas, Sandakan

Tiada ulasan: