~ Hadrat Hisham bin Aas Umawi
رضي الله عنه menceritakan; Saya dan seorang
lelaki telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar
رضي
الله عنه untuk mengajak Heraclius, raja empayar romawi kepada Islam. Kami
telah memulakan perjalanan kami dan setibanya kami di Ghowta, satu daerah di
Damascus, kami telah berjumpa dengan Jabalah bin Ayham Ghassaani (pemerintah
kawasan tersebut).
Dia duduk di atas takhtanya dan menghantar utusannya
kepada kami untuk berkata-kata dengan kami. Walaubagaimanapun, kami telah
berkata, “
Demi Allah, kami sekali-kali tidak akan bercakap dengan utusan ini,
sebab kami dihantar ke sini untuk bercakap secara terus dengan pemerintah, Jika
dibenarkan, kami akan bercakap dengannya, tetapi bukan bercakap dengan
utusan.”
Apabila utusan tersebut melaporkan hal tersebut kepadanya,
dia telah memberi kebenaran dan menyuruh kami supaya bercakap. Saya telah
menceritakan dan mengajaknya kepada Islam. Apabila saya bertanya kepadanya
tentang baju hitam yang dipakainya, dia menjawab, “
Apabila aku memakai
pakaian ini, aku telah bersumpah untuk tidak menanggalkannya sehinggalah aku
menghalau kamu dan orang-orang kamu dari Sham.”
Saya telah membalas
kata-katanya dengan menjawab, “
Di tempat ini, aku bersumpah dengan nama
Allah, kami pasti akan mengambil alih Sham daripada kamu. Kami juga akan
mengambil alih empayar ini, Insha Allah. Nabi Kami, Muhammad صلى الله عليه وسلم memberitahu kami tentang
perkara ini.”
Daripada kata-kata saya ini, dia (Jabalah bin Ayham
Ghassaani) berkata, “
Kamu bukanlah orang yang dimaksudkan tersebut kerana
mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang berpuasa di siang hari dan
bersolat di malam hari.”
Kemudian dia bertanya, “
Bagaimana kamu
dan orang-orang kamu berpuasa?” Apabila kami memberi jawapan, wajahnya terus
pucat dan dia menyuruh kami untuk meninggalkannya. Selepas itu, dia telah
menghantar utusannya untuk membawa kami berjumpa raja Heraclius.
Apabila kami sampai di tempat yang
ditetapkan, utusan yang menemani kami berkata, “
Binatang tunggangan kamu
(keldai yang kurus) tidak dibenarkan untuk memasuki tempat ini. Jika kamu mahu,
kami akan memberikan kamu kuda kacukan ataupun bangal untuk ditunggangi.”
“
Demi Allah!” kami membalas, “
Kami tidak akan memasuki bandar
ini kecuali degan binatang kami ini (keldai yang
kurus).”
Mendengarkan kata-kata kami tersebut, utusan tersebut pun
memberitahu keengganan kami kepada rajanya. Dan kami telah dibenarkan untuk
masuk ke bandar tersebut bersama haiwan tunggangan kami. Dengan pedang yang
bergantungan di leher kami, kami memasuki bandar tersebut dan sampai ke istana
raja romawi. Dia (raja romawi) melihat kami dari atas istananya sedang kami
duduk di atas keldai kami di bawah dan melaungkan kalimah “
Laa Ilaaha
Illallah, Allahuakbar.”
Allah lebih megetahui bahawa istana itu
bergegar sepertimana ranting pokok yang bergoyang apabila ditiup angin. Dia
(raja romawi) memberitahu utusannya supaya melarang kami daripada melaungkan
sebarang kata-kata. Jadi kami pun dibenarkan untuk memasuki istana tersebut.
Apabila kami memasuki istananya, kami melihat dia duduk di atas hamparan yang
empuk bersama dengan ketua tenteranya. Semua yang ada di dalam tersebut merah
belaka, juga segala yang terdapat di sekelilingnya hatta baju yang dipakainya
juga berwarna merah.
Ketika kami berjalan masuk, dia ketawa dan berkata,
“
Apakah yang menyebabkan kamu berani menyapaku dengan perkataan yang kamu
gunakan sesama kamu?”
Bersama-samanya ada seorang lelaki yang fasih
berbahasa arab sebagai penterjemahnya. Kami menjawab, “
Adalah dibenarkan bagi
kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa kami gunakan sesama kami,
juga dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa
digunakan sesama kamu.”
“
Dan apakah perkataan yang kamu gunakan
ketika menyapa orang-orang kamu?” dia (Heraculis) bertanya.
“
Assalamualaikum.” jawab kami.
Dia bertanya, “
Bagaimana
kamu menyapa pemimpin kamu?”
“
Dengan perkataan yang sama,”
kami menjawab.
“
Dan apa jawapannya?” dia ingin tahu.
“
Perkataan yang sama juga,” balas kami.
Heraclius bertanya
lagi, “
Apakah perkataan kamu yang paling mulia?”
Kami menjawab
dengan berkata, “
Laa Ilaaha Illallah, Allahuakbar.”
Istana
tersebut bergegar dengan dahsyatnya setelah kami melaungkan perkataan tersebut
sehingga raja tersebut mengangkat kepalanya melihat sekeliling.
Dia
bertanya lagi, “
Perkataan yang kamu ucapkan tadi membuatkan istana ini
bergegar. Adakah setiap kali kamu mengucapkannya, bangunan-bangunan di tempat
kamu juga bergegar sepertiman yang berlaku tadi?”
“
Tidak,”
kami menjawab. “
Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku
kecuali ketika bersama kamu.”
Dia kemudiannya berkata, “
Walaupun
separuh daripada kerajaanku ini musnah, aku berharap agar setiap kali kamu
mengucapkan perkataan tersebut, ia akan menyebabkan bangunan di sekeliling kamu
runtuh dan menimpa kamu sendiri.”
“
Mengapa begitu?” kami
bertanya.
“
Kerana..” dia menerangkan, “..
ini adalah lebih baik
daripada menzahirkan tanda-tanda kenabian, dan perkara tersebut hanya akan
diketahui oleh umum sebagai konspirasi.” Kemudian dia bertanya kepada kami
banyak soalan dan kami menjawabnya dengan teliti sekali. Dia juga bertanya
kepada kami bagaimana kami menunaikan solah dan berpuasa. Selepas menerangkan
kepadanya, dia telah membawa kami ke suatu tempat....
Kami tinggal di
sana selama 3 hari dan bertemu dengannya pada satu malam. Ketibaan kami, dia
menunjukkan kepada kami satu peti besi besar yang diperbuat daripada emas yang
mengandungi banyak bahagian yang kecil, setiap bahagian itu mempunyai pintunya
yang sendiri.
Dia mengalihkan cebisan sutera hitam dan membukanya dan di
dalammya terkandung gambar yang berwarna merah. Gambar itu menunjukkan seorang
lelaki yang mata dan pinggang yang besar. Saya juga tidak pernah melihat
seseorang yang mempunyai leher yang panjang sepertinya. Dia tidak berjanggut,
dua ikat rambut, dan merupakan salah satu daripada orang-orang yang sangat indah
dilihat yang telah Allah SWT telah ciptakan.
“
Kamu tahu siapa
dia?” Heraclius bertanya.
“
Kami tidak tahu,” balas
kami.
“
Ini adalah hazrat Adam
عليه سلم”
Kami juga
menyedari bahawa dia mempunya rambut yang sangat banyak berbanding dengan orang
biasa.
Heraclius kemudiannya membuka bahagian yang lain daripada peti dan
mengalihkan cebisan sutera hitam daripadanya yang mengandungi gambar yang
berwarna putih yang menunjukkan seorang yang berambut kerinting, mata yang
kemerahan, dahi yang luas dan janggut yang tebal.
“
Kamu tahu siapa
dia?” Heraclius bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas
kami.
“
Ini adalah hazrat Nuh
عليه سلم”
Bahagian lain
dibuka dan cebisan sutera hitam dialihkan daripadanya yang mengandungi gambar
seorang lelaki yang mempunya wajah yang sangat bercahaya. Dia mempunya mata yang
cantik, dahinya jelas dan menarik perhatian, pipi yang panjang dan janggutnya
putih. Wajah lelaki itu tersenyum.
“
Kamu tahu siapa dia?”
Heraclius bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas
kami.
“
Ini adalah hazrat Ibrahim
عليه سلم”
Kemudian
dibuka lagi bahagian yang lain yang mengandungi gambar yang berwarna putih. Demi
Allah, itu adalah gambar Rasulullah
صلى الله عليه
وسلم.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya
lagi.
“
Kami mengetahuinya,” balas kami.
“
Ini adalah
Rasulullah صلى الله عليه
وسلم..”
Air mata kami mula bercucuran, Heraculis berdiri
sebentar dan kemudian duduk.
“
Kamu bersumpah dengan nama ALLAH yang
ini adalah dia (Rasulullah صلى الله عليه
وسلم)?”
“
Itu adalah beliau tanpa
ragu-ragu.”
“
Itu adalah seperti kamu melihatnya yang
sebenar.”
Heraclius berkata, “
Gambar ini dari bahagian yang
terakhir pada peti ini, saya membukanya awal untuk melihat reaksi kamu apabila
melihatnya.”
Heraclius membuka bahagian lain lagi dan mengalihkan
cebisan sutera hitam . Gambar tersebut menunjukkan lelaki yang wajahnya sangat
perang dan gelap. Rambutnya kerinting, matanya dalam dan tajam. Dahinya
berkerut, giginya diketap dan mulutnya ditutup dengan rapat. Wajahnya
menunjukkan dia sangat marah.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas kami.
“
Ini
adalah hazrat Musa عليه سلم”
Selepas dari gambar
tersebut ialah gambar yang menyerupai hazrat Musa
عليه سلم cuma rambutnya berminyak,
dahinya luas dan matanya sedikit juling.
“
Kamu tahu siapa dia?”
Heraclius bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas
kami.
“
Ini adalah hazrat Harun bin Imran عليه
سلم”
Pada bahagian peti yang lain, Heraclius mengalihkan
cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang berkulit perang dengan
rambut yang lurus. Ketinggian badannya pada takat yang biasa. Wajahnya
menunjukkan dia sedang marah.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas kami.
“
Ini
adalah hazrat Lut عليه سلم”
Heraclius membuka bahagian
lain dan mengalihkan cebisan sutera putih , kami melihat pada gambar itu lelaki
yang sangat kacak dengan muka yang kemerahan. Hidungnya mancung, pipi yang nipis
dan wajahnya sempurna.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya
lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas kami.
“
Ini adalah hazrat
Ishaq عليه
سلم”
Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan
sutera putih , gambar tersebut lebih kurang seperti Ishaq cuma dia mempunyai
tahi lalat pada mulutnya.
'“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas kami.
“
Ini
adalah hazrat Yaakob عليه سلم”
Heraclius membuka bahagian
lain dan mengalihkan cebisan sutera hitam, ia mengandugi gambar seseorang yang
mempunya kulit yang cantik, mempunyai hidung yang mancung, muka yang kacak dan
badannya sempurna. Wajahnya bercahaya, sifat rendah diri dapat dilihat dari raut
wajahnya yang sedikit kemerahan.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius
bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas kami.
“
Ini
adalah hazrat Ismail عليه سلم, datuk kepada nabi
kamu.”
Membuka lagi bahagian yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan
sutera putih yang mengandungi gambar seseorang yang menyerupai Hadrat Adam
عليه سلم
dan wajahnya seperti matahari itu sendiri.
“
Kamu tahu siapa dia?”
Heraclius bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu,” balas
kami.
“
Ini adalah hazrat Yusuf
عليه سلم”
Heraclius
membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi
gambar lelaki yang wajahnya kemerahan. Dia mempunya betis yang kecil, matanya
juga kecil, ototnya besar dan ketinggian yang biasa. Dia menggantungkan pedang
disekeliling lehernya.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya
lagi.
“
Kami tidak tahu.” balas kami.
“
Ini adalah hazrat
Daud عليه
سلم”
Pada bahagian yang lain, dibuka dan dialihkan cebisan
sutera putih. Ia mengandungi gambar lelaki yang mempunyai pinggang yang besar
dan kaki yang panjang. Dia sedang menunggang kuda.
“
Kamu tahu siapa
dia?” Heraclius bertanya lagi.
“
Kami tidak tahu.” balas
kami.
“
Ini adalah hazrat Sulaiman bin Daud عليه
سلم”
Dibuka lagi bahagian yang lain dan dialihkan cebisan
sutera hitam yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan lelaki
yang muda, janggut yang hitam pekat, rambut tebal, matanya tajam dam mukanya
kacak.
“
Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya
lagi.
“
Kami tidak tahu.” balas kami.
“
Ini adalah hazrat
Isa bin Maryam عليه سلم”
Kami telah bertanya kepada
Heraclius, “
Dari mana kamu mendapat gambar-gambar itu? Kami membenarkan
gambar tersebut kerana ia mengandungi gambar yang serupa seperti nabi
kami.”
Heraclius menerangkan, “
Gambar-gambar tersebut telah
diberikan kepada Adam عليه سلم apabila beliau meminta kepada tuhannya
supaya menunjukkan kepadanya para nabi dari keturunannya. Gambar ini kemudiannya
disimpan di tempat di mana matahari terbenam. Kemudian Zulkarnain telah
mengambilnya dan memberikannya kepada Danial
عليه سلم”
“
Dengar
baik-baik! Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku lebih sanggup mengorbankan
kerajaanku dan menjadi hamba kepada ketua yang terhina di kalangan kamu dan mati
seperti itu (daripada aku memeluk Islam dan dimalukan di depan semua
rakyatku).” Heraclius kemudiannya memberikan kepada kami hadiah yang mahal
dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami.
Kami pulang dan melaporkan
kepada Hadrat Abu Bakr tentang segala apa yang kami lihat dan segala sesuatu
tentang apa yang diperkatakan oleh Heraclius.
Mendengar laporan tersebut,
air mata Hadrat Abu Bakar berlinangan dan berkata,
“
Orang yang kasihan,
jika ALLAH mahukan kebaikan untuknya, maka dia pasti memeluk Islam.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu
kami bahawa mereka (orang-orang kristian seperti Heraclius) dan juga orang-orang
yahudi, mempunyai keterangan tentang Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama
mereka.”
~ Hadrat Jubair bin Mut'im
رضي الله عنه berkata, (Ketika aku di bawa oleh
beberapa paderi ke gereja) mereka (menunjukkan ke arah suatu gambar dan)
bertanya, “
Adakah kamu lihat dia?”
Ketika saya melihat, saya
mendapati gambar itu seperti gambar Rasulullah
صلى الله عليه وسلم. Saya juga mendapati gambar Abu Bakar
رضي الله عنه yang mana telah mengikuti jejak
langkah Rasulullah
صلى الله عليه
وسلم.
“
Adakah kamu nampak ciri-cirinya?” mereka
bertanya.
“
Saya sudah pasti” jawab saya.
Sambil menunjukkan
ke arah gambar Rasulullah, mereka bertanya, “
Adakah ini dia (Rasulullah صلى الله عليه وسلم)?”
Saya menjawab,
“
Demi Allah! Itulah dia. Saya pasti itulah dia.”
Mereka bertanya
lagi, “
Dan adakah kamu mengenali seseorang yang mengikuti jejak
langkahnya?”
Ketika saya membenarkannya soalan itu, mereka berkata,
“
Kami pasti bahawa dia adalah ketua kamu pada masa ini dan khalifah
selepasnya.”
Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa Hadrat Jubair
رضي الله عنه bertanya, “
Dan siapakah
orang yang mengikutinya itu?”
Paderi-paderi itu menjawab,
“
Sepatutnya, akan ada nabi selepas nabi, kecuali nabi ini (Rasulullaah صلى الله عليه وسلم). Tidak akan ada nabi lagi
selepasnya, jadi di sini ialah khalifah.”
Apabila Hadrat Jubair
melihat dengan lebih dekat lagi (pada gambar tersebut), dia mendapati bahawa
orang tersebut ialah Hadrat Abu Bakr
رضي الله
عنه.