Rabu, 5 Oktober 2011

Sitti Zulaikha




27.09.2011 (selasa)
0900 am tunggu isteri dan anak perempuanku  keluar dari wad bersalin
                                                                   Sabar menanti….

                                                           Ke kg Durian bt 2…?
Perhatian!


@1200 hrs – isteri dan anak perempuanku dibenarkan pulang, tp kami x pulang ke rumah…sebaliknya ke rumah Kak Ros (kakak isteriku/ kakak iparku) di kuarters pga.
28.09.2011 –01.10.2011 
di rumah Kak Ros. Kak Ros la yg bnyk mbantu urus bby. Sy bantu cr bdan dan krj2 blkg tbir jak..

hari kedua tu anak aku ddpti ada jaundis...Subhanallah. Ujian-ujian. d hospital c baby mnagis kuat bila tgnnya kena jarum utk diambl darah...uminya turut menangis...hu hu hu

hari ketiga hampir anakku ditahan di wad sb bacaan bilirubinnya naik lagi.
hari keempat p cari susu kambing utk  isteri...ad ptua kta susu kmbing boleh hilangkan jaundis...saya usaha jak....smua dari Allah
siapa sedia khidmat?
sebotol RM10 jak...sapa nak kontek saya...
04.10.2011 (selasa)
Sitti Zulaikha pada usia 7 hari…
Smga Allah pelihara dari segala fitnah....amin!
 

Selasa, 27 September 2011

Daeyah abah dan ummi

26.09.2011 (isnin)

Jam 4.40 pm isteri call saya, masih di pejabat, katanya ketuban dah pecah. Saya suruh bersiap.

Jam 5.05 pm sampai rumah, bersiap dan bawa apa yang patut.

Jam 5.50 pm daftar masuk wad bersalin, isteri kesayanganku ditempatkan di wad menunggu bersalin.

Jam 6.00 pm solat maghrib di surau hospital, pas magrib solat hajat...setakat mampu 12 rakaat jak.
Alhamdulillah dapat doa juga nangis2...minta Allah mudahkan isteri bersalin...pastu p jengok isteri di wad.

Jam 7.00 pm ke surau kuarters Hospital, ada jemaah 3 hari baru bayan  tangguh tengah doa....
masuk waktu, azan, solat isyak....pas solat balik rumah ambil lagi ap yang isteri pesan tadi...singgah d Restoran Saujana, tapau mee hun sup ayam dengan nasi untuk isteri.

Jam 10 pm lebih kurang.....letih dan mengantuk, rehat dalam kereta, baca yasin untduk istei, pastu bagi air yasin untuk isteri minum agar mudah  bersalin.

Jam 11 pm isteri masuk wad bersalin.....
Di luar wad saya tunggu...dan tunggu...dan tunggu. malam ni nyamuk banyak, dalam kereta, surau, luar wad semua ada nyamuk yang asyik menyerang mangsa...saya dah mabuk mengantuk sangat2

27.09.2011 (selasa)

Jam 1.30 am tanya nurse katanya "isteri kamu belum bersalin, lama lagi tu'!

Tak tahan dah...mengantuk sangat! Drive kereta ke rumah....dekat ja dalam 5 minit, jln raya sunyi cepat sampai rumah. Masuk jak rumah terus tidur dalam bilik, h/pon saya on....

ring2....ring2.....h/pon saya bungi cam ni, tak pakai muzik, x sempat jwb. isteri miscall....dan ad sms isteri "Syg! Allah dh bg kta daeyah jm2.25 pg td,. Alhamdulillah!" tgok jam 5.30 pg....alamak! dah lewat, terus melompat, besiap ke surau, pas subuh sempat duduk taklim seketika. rTerus drive ke hospital.

Jam 6.00 am terus masuk wad..eh..eh...ad bayi comel sebelah isteriku! Qamat dekat telinga baby...x lama kmdian dtg Kros (kak ipar saya) and the geng (dgn anak2 dia) melalwat isteriku dan orang baru.

Pagi ni call pejabat....saya mula cuti tanpa rekod 7 hari....tapi dorang rekod juga.

sms kwn dan sahabt handai...dan call ibu saya...semua ucap tahniah....terima kasih.

Alhamdulillah..sekarang rehat di surau kuarters hospital tunggu bila boleh bawa isteri dan anak perempuanku pulang ke rumah.

semoga menjadi daeyah yang akan memelihara, mempertahankan dan menyebarkan agama ke seluruh alam...amin!