SOALAN:
JAWAPAN:
1.Pembacaan 10
surah di dalam halaqah pula biasa disebut halaqah tajwid. Ketika ini ditekankan
penyebutan makhraj , tajwid yg betul. Pembacaan quran biasanya 10 surah mulai
al-fatihah, al-Fil hingga ke surah Annas kerana kekangan masa. Tidak pula
disyaratkan 10 surah itu sahaja. Bagi orang alim dan hafiz @ bergantung pada
siapa yg mengetuai halaqah tersebut. bacaan quran adalah mengikut keadaan dan
situasi samada mahu baca mana2 surah pun di dalam al-Quran. Peserta halqah pula
akan ditarghib untuk meneruskannya belajar dgn ustaz di tempat tinggal
masing2.
3.Mengehadkan
hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam
setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.
Saya ada membaca
beberapa fatwa oleh pihak Samahah Tuan (Mufti) di mana anda menggalakkan para
penuntut ilmu untuk keluar bersama Jamaah Tabligh, segala puji bagi ALLAH kami
telah keluar bersama mereka dan kami mendapat banyak faedah akan tetapi wahai
Syaikh ku yang utama, saya mendapati terdapat amalan-amalan (yang dilakukan oleh
mereka) tidak terdapat dalam Kitab ALLAH dan Sunnah Rasul sallallahu 'alai wa
sallam seperti:
1- Membuat
halaqah dalam masjid yang terdiri dari dua orang atau lebih kemudian saling
mengingati 10 surah terakhir daripada al-Quran dan berterusan melakukannya
dengan cara ini setiap kali kami keluar padanya.
2- Iktikaf pada
hari Khamis secara berterusan.
3- Menghadkan
hari-hari tertentu untuk keluar iaitu: 3 hari dalam sebulan, 40 hari dalam
setahun, dan 4 bulan dalam seumur hidup.
4- Membaca Doa
beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.
Maka
bagaimanakah wahai Syaikh ku yang utama, jika saya keluar bersama Jamaah ini
saya perlu melakukan amalan-amalan ini sedangkan ianya tidak warid dalam Kitab
ALLAH dan tidak pula dalam Sunnah Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam? Dalam
keadaan diketahui wahai Syaikh ku yang utama bahawa sukar untuk mengubah manhaj
(mereka) ini dan ini adalah cara mereka maka kami berharap diberi
penjelasan.
JAWAPAN:
Apa yang anda
sebutkan berkenaan amalan-amalan Jamaah ini semuanya adalah BIDAAH maka
TIDAK BOLEH menyertai mereka sehinggalah mereka melazimi Manhaj al-Kitab dan
al-Sunnah dan meninggalkan bidaah-bidaah dalam perkataan-perkataan mereka,
amalan-amalan mereka, dan akidah mereka.
وبالله التوفيق،
وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.
Lajnah Tetap
untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi.
Abdul Aziz bin
Abdullah bin Baz – Ketua
Abdullah bin
Ghudian – Ahli
Soleh al-Fauzan
– Ahli
Abdul Aziz Al
Syeikh – Ahli
Bakr Abu Zaid –
Ahli
[Sumber: Fatwa
Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, Majmu'ah (Himpunan)
Kedua, Jil 2, m.s 45-46, No. Fatwa: 17776].
JAWAPAN BAGI
KEKELIRUAN DI ATAS
2. Iktikaf pada
hari Khamis secara berterusan
Mungkin yang
dimaksudkan beliau ialah himpunan pada malam markas kerana pada malam itulah
majlis ilmu berkenaan akidah dan bayan penerangan untuk memujuk manusia supaya
manusia khuruj diadakan secara berterusan. Dan mereka akan beri’tikaf pada malam
itu kerana menunggu satu lagi majlis ilmu yang akan diadakan selepas subuh.
Mengatakan i’tikaf berterusan setiap khamis tidaklah tepat kerana di setiap
tempat di mana diadakan malam perhimpunan untuk majlis ilmu dan bayannya
berbeza-beza mengikut tempat. Jadi menisbahkan i’tikaf khusus hanya pada hari
Khamis tidaklah tepat. Contohnya, di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, yang
mana cuti hari minggunya hari Sabtu dan Ahad, perhimpunan akan diadakan pada
hari Sabtu malam Ahad. Sementara di mana negeri yg cuti pada Jumaat dan Sabtu,
perhimpunan akan diadakan pada Khamis malam jumaat seperti Kelantan, Terengganu
dll. Itu baru Malaysia belum di negara-negara lain.
Malah beri’tikaf
di masjid adalah sunnah yg sangat dituntut, tiada apa masalah kecuali bagi orang
yg mengingkari sunnah Rasulullah SAW.
Sebenarnya bukan
mengehadkan masa kerana di tempat lain seperti di Pakistan dan India yg usaha
sudah maju, mereka ditasykil khuruj 2 bulan, 7 bulan, 9 bulan dan 1 tahun.
Sementara di Malaysia pula kebiasaannya ditasykil khuruj selama 3h peringkat
mohala, 40h, 2 bulan, dan sekarang bukan lagi 4 bulan seumur hidup tapi
ditarghib khuruj 4 bulan setiap tahun, 1 tahun untuk orang alim. Bagi yang tidak
mampu boleh buat usaha dakwah tempatan sahaja di mohala masing2. tiada unsur
pemaksaan @ kemestian, cuma mereka ditarghib untuk mengorbankan masa di jalan
Allah.
Niat khuruj atas
maksud belajar mengamalkan sunnah dan tazkiah. Mereka menganggap sepanjang waktu
khuruj sebagai medan belajar untuk mengamalkan amalan-amalan sunnah. Mereka
ditarghib untuk menghidupkan amalan-amalan ijtimai semasa khuruj seperti solat
berjemaah, pembacaan hadis2 kelebihan, pada malamnya dibacakan hayatus sahabah,
makan berjemaah, jaulah secara berjemaah pada pada sebilang masa. Mereka juga
ditarghib melakukan amalan infradi(individu) seperti zikir sebanyak2nya
(sekurangnya tasbih 100x , tahmid 100x , takbir 100x, tahlil 100x dan istighfar
100x setiap pagi dan petang), tilawah quran sekurang2nya satu juzuk sehari
beserta surah lazim seperti Al-Mulk, Surah Sejadah,yasin, Ar-Rahman, al-waqiah
pada setiap malam sebelum tidur, baca dan hafal doa2 masnun(sunnah), juga
dakwah secara infradi (individu) dan muzakarah iman sesama mereka. SEMUA INI
DITARGHIB AGAR DILAKUKAN SEPANJANG KHURUJ SUPAYA TERBIASA DAN MENJADI SATU
TABIAT SERTA DAPAT MENERUSKANNYA APABILA PULANG MOHALA NANTI.
Semua ini atas
maksud latihan. Sebab itu usaha ini jadi mudah kerana niat belajar. Apabila
berjumpa ustaz @ ulamak mereka diajar menghormatinya dgn meminta doa @memberi
hadiah @ belajar drp mereka kecuali jika mereka tidak mengenalinya. Mereka
dilatih bercakap atas perkara yg mereka tahu sahaja tidak lebih dari itu. Mereka
dilarang bercakap selain perkara2 yg tidak penting @ yang boleh menyebabkan
permusuhan dan perbalahan seperti perkara-perkara khilafiyyah dan politik
kerana orang yang khuruj adalah dari pelbagai latar belakang termasuk berbeza
mazhab dan fahaman politiknya.
Semasa jaulah
ijtima’i, ketika berjumpa seseorang mereka mulai dgn salam, senyuman,
bersangka baik, taaruf jemaah, memuliakan mereka dgn kata2 seperti kerana iman
di dalam hati mereka jadi mulia di sisi Allah. Orang yg mendengar akan rasa rasa
sejuk. Kemudian mereka akan didakwahkan berkenaan tauhid ( sekurang2nya dgn
kalimah seperti Allah Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Pemberi Rezeki
dll dan menafikan makhluk seperti makhluk lemah dan tidak mampu berbuat apa2 )
cara percakapan semuanya terpulang kepada ilmu masing2. Mereka akan tasykil
(ajak) dgn lembut orang tersebut ke masjid agar dakwah dan muzakarah dapat
diteruskan. Khuruj mereka adalah berdasarkan kemampuan masa dan wang. Kalau nak
dibanding pengorbanan dan masa nabi dan sahabat bagi masa untuk agama jauh
sekali. Sahabat nabi tidak dikhususkan masa khuruj kerana mereka buat
berdasarkan maksud misi dakwah tercapai @ tidak. Sedangkan kita tidak mampu
berbuat begitu. Bagi sedikit masa untuk khuruj pun dah dikira baik. Jadi kalau
ada yang mahu khuruj sebulan, ada yg khuruj seminggu dan macam2 lagi ,
pengurusan utk gerakkan jemaah akan jadi susah. Macam belajar utk dapatkan
ijazah, master dan PHD juga ada unsur pengehadan masa tapi mengapa kita tidak
bising sedangkan hadis supaya belajar ilmu tidak dikhususkan waktunya dan proses
belajar pula berjalan sepanjang hayat.
4.Membaca Doa
beramai-ramai secara berterusan setiap kali selepas Bayan.
Mengeluarkan
hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah
berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah berhimpun
satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan
yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa
mereka.
Telah berkata
al-Hafiz al-Haitami di dalam majma’ az-Zawaid perawi-perawi hadis ini ialah
perawi sahih kecuali Ibn Lahi’ah. Dan Hadis ini adalah hadis hasan”.
Al-Allamah Abu Fattah Abu Ghuddah menyatakan ketika buat ‘Ta’liq’(catatan
ringkas) berkenaan hadis ini, berbunyi: ” Sesungguhnya Al-Allamah Al-Kanawi
menukilkan sebagaimana pada mensahihkan hadis ini(yakni Al-hakim mensahihkan
hadis ini atas syarat2 Muslim) drp Al-Hakim dlm kitab beliau(Al-Allamah
Al-Kanawi) bertajuk ‘Sibahatul Fikr’. Imam Shaukani menyebut dlm kitab ‘
Tuhfatul Zakirin’ : Bahawa Al-Hakim berkata pada hadis ini: Hadis ini sahih
sanadnya.”
Al-Allamah Abu
Fattah Abu Ghuddah menghuraikan lagi: “Perawi yg meriwayatkan drp Ibn Lahi’ah
pada hadis ini adalah Abdullah bin Yazid Abu Abdi Rahman Al-Muqri. Beliau adalah
salah seorang drp mereka yg bernama Abdullah yg diambil kira periwayatannya,
lagi terlebih adil dan terlebih kuat.”.
Oleh itu,Hadis
ini adalah hadis Sahih di atas syarat Imam muslim sbagimana kata Al-Hakim,
bukannya hadis daif….
kesimpulanku
:
Sesungguhnya
pengeluaran fatwa ini adalah tidak cermat dan kurang berhati-hati serta
berdasarkan maklumat yang tidak lengkap. Menghukum sesuatu jemaah yang
bilangannya mencecah jutaan orang, mengandungi ribuan ulamak yang berada di
seluruh dunia sebagai ahlu bid’ah, sesat, penyembah kubur dan sebagainya
memerlukan maklumat yang jauh lebih banyak dan mengambil masa yang begitu
lama.
Siapa saja yang
mengakui bahwa semua pendapat para ulama mujtahid dalam suatu masalah adalah
benar dan setiap mujtahid itu benar, maka berarti dia telah mengucapkan kaidah
yang tidak memiliki dalil, baik dari Al-Qur’an, As-Sunnah atau ijma para sahabat
serta tidak dapat diterima oleh akal sehat.
Apatah lagi jika
sesuatu fatwa itu dikeluarkan hanya oleh seorang dua ulamak @ mufti. Sedangkan
begitu ramai ulamak dan mufti-mufti di seluruh dunia tidak pula berfatwa begitu.
Sesuatu fatwa yang dikeluarkan secara gharib tidak boleh dinggap jamhur
ulamak.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Apabila seorang
hakim memberi keputusan, lalu ia berijtihad, kemudian ia benar maka baginya dua
pahala, dan jika ia memberi keputusan, lalu ia berijtihad kemudian salah, maka
baginya satu pahala” [HR Bukhari dan Muslim]
Syaikhul Islam
Ibnu Taimiyah menjelaskan bahwa tidaklah setiap orang yang berijtihad dapat
mencapai kebenaran. Tetapi selama ia berdalil dan bertaqwa kepada Allah sesuai
dengan kesanggupannya, maka itulah yang Allah bebankan kepadanya. Allah tidak
akan menghukumnya apabila ia salah. Ancaman dan hukuman itu baru berlaku bagi
orang yang meninggalkan perintah dan melanggar larangan setelah tegak hujjah
kepadanya. [3]. Ijtihad yang salah ini tidak boleh diikuti apabila kita
mengetahui mana yang benar dan mana yang salah. [4]. Karena kita dituntut untuk
mengikuti dalil, bukan mengikuti manusia.
Syaikhul Islam
rahimahullah berkata, “Tidak boleh bagi seseorang untuk berhujjah dengan ucapan
seseorang dalam masalah perselisihan, karena sesungguhnya hujjah adalah nash dan
ijma’, serta dalil yang diambil istimbathnya dari hal tersebut. Pengutamaannya
ditentukan dengan dalil-dalil syari’at, bukan dengan ucapan sebagian ulama.
Karena sesungguhnya ucapan para ulama itu baru menjadi hujjah disebabkan adanya
dalil-dalil syariat. Ucapan para ulama tersebut tidak dapat mengalahkan
dalil-dalil syari’at…[5].
Perlu diingat
bahwa kita wajib menghormati dan mencintai para ulama [6] meskipun ijitihad
mereka ada yang salah, atau ada di antara ijtihad mereka ada yang kita yakini
sebagai perbuatan bid’ah (setelah diadakan penelitian berdasarkan kaidah-kaidah
ilmiyyah dan kriteria-kriteria secara ilmu ushul). Tetapi tidak boleh kita
menuduhnya sebagai ahli bid’ah kecuali setelah jelas bagi kita bahwa hujjah
telah ditegakkan atas mereka dan mereka tetap mengikuti hawa
nafsunya.
Wallahu wa
rasulu a'lam..
.
Supaya lebih
adil saya sertakan juga fatwa-fatwa mufti di negara-negara lain:
Fatwa Ulama
1:
Oleh Mufti
Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South
Africa.
Istilah,
'Tashkil' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang
ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi
tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangka masa
tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun
dan sebagainya.
Jangka masa
tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang
yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk
mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia
terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia
lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah
selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dan sebagainya, bukan bermakna dia
telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Syariah, tapi
sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam
Syariah.
Lebih lama masa
yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan
menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut
bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Syariah.. Dan Allah Maha
Mengetahui.
(Mufti Ebrahim
Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)
Fatwa
2 :
Sheikh Abu Bakar
Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid
Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Mereka berkata:
Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara
berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.
Kami
katakan:
Sesungguhnya
keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan
hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar
mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar
di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redha
Allah s.w.t, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan,
permainan dan kebatilan.
Adalah termasuk
kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya
Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka,
memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.
Padahal
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sepetang atau sepagi keluar di jalan Allah, lebih
baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya.
Juga sabda
Rasulullah s.a.w, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk
kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi
sabilillah.”
Dan banyak lagi
hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di
Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh
adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi
sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa
Rasulullah s.a.w mengirimkan Mu'az r.a ke Yaman bersendirian saja dan tidak
berjemaah.
Mereka lupa atau
tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengirimkan Mu'az r.a sendirian tetapi
mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a bersamanya. Baginda s.a.w bersabda kepada
keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan
mereka dan jangan kalian menyusahkan. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan
berselisih.”
Juga beliau
mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash r.huma. Bersama
mereka baginda s.a.w mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta'lim dan
memutuskan perkara diantara manusia.
Tentang
pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah peraturan
dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa
belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa
keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah
kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah
(keluar di jalan Allah)?
Alhamdulillah.
Ditulis oleh
Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid
Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari
buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh
Fatwa 3:
Abu Abil Hasan
(bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis:
Dakwah dan
Tabligh ialah kerja para Anbiya. Dan inilah juga usaha yang telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha
ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha
untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40
hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup
kita.
Ini telah
dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan
(balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka
(diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian
ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil
dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada
Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa)
jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat
111).
Dalam ayat yang
tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang
mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4
bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk
melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya
mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk
dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur
hidup.
Umat hari ini
telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza.
Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith, para Ulama’ dan masyaikh di dalam jemaah
ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah
tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4
bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam
Al-Qur’an dan hadith.
Kenapakah
angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya
di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama’
betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.
1. Hikmah keluar
tiga hari
i. Suasana amat
mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk di dalam suasana Iman dan akhlak
yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan
membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di
zaman Nabi s.a.w orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid.
Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam
masjid.
Didalam Sahih
Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah
bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabawi.
Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan
dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama
lain.
Hari yang
pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua.
Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah s.a.w telah membebaskannya. Setelah
dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau
mandi dan datang semula ke masjid Nabawi dan bertemu dengan baginda Rasulullah
s.a.w dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah
yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari
menjadi sumber hidayat kepadanya.
ii.
Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah s.a.w atas maksud dakwah
atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah
dan berperang. Diantaranya ialah:
• Jangan
memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan
membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan
mereka.
• Jangan membuat
kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang
ternakan.
Kenapa baginda
memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum
memulakan peperangan?
Ini ialah
pengajaran daripada baginda Rasulullah s.a.w bahawa didalam Islam tidak ada
peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3
hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam
terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan
memeluk agama Islam.Kisah ini
terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah s.a.w telah
menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal
sebagaimana berikut:
Sehingga beliau
sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk
Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari
yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah
seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.
iii. Hadzrat
Zakaria a.s seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah s.w.t mahu mengurniakan
anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan
mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah s.w.t menjawab
sebagaimana didalam Al-Qur’an:
Tandanya bagimu
kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan
isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu
pagi dan petang (Ali Imran ayat 41)
Para mufassirin
berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria a.s ialah dia tidak boleh bercakap
selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah s.w.t telah
memerintahkan Hadzrat Zakaria a.s supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan
meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada
Allah.
Daripada ayat
ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri
keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia.
meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah.
beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan
memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang.
manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada
Allah s.w.t.
Demikianlah
hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an dan athar
As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap
orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan
menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri
sendiri.
(Abu Abil Hasan
Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian
Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266)
Dalil dan
hikmahnya keluar 40 hari
Ramai orang
mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil
supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut
didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila
Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan Musa a.s supaya menambah bilangan hari
untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an.
Dan Kami telah
menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah
sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka
genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)
Begitulah juga
didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah s.w.t menyebut dengan janji-Nya kepada
Nabi Musa a.s untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh
malam.
Didalam hadith
baginda s.a.w banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah
hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a beliau berkata daku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya
salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai
nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging
kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis
kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)
Dalam hadith
yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari
berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul u-la akan mendapat dua jaminan. Satu
keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.
Hazdrat Abdullah
bin Abbas r.a berkata dihari kematian anak lelakinya, "lihatlah berapa ramai
orang yang berada diluar". Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. “Adakah
telah cukup empat puluh orang?” Mereka menjawab “Ya, telah cukup”. Abdullah bin
Abbas r.a berkata “hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda s.a.w
bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40
orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat
bahawa jaminannya pasti diterima”.
Dalam hadith
yang lain baginda s.a.w bersabda:
“Barangsiapa
mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber
hikmah daripada hati melalui lidahnya”.
Banyak lagi
hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada
tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan
Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti
amalan ini akan terus dilakukan ketika berada di rumah atau
dikampungnya.
Daripada
hadith-hadith dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ di dalam
usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari
mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.
____________________________________________________
Sumber
rujukan:
[1]. Iqtida
As-Shirat Al-Mustaqim, Ibnu Taimiyah rahimahullah juz I hal. 132-137, terdapat
penjelasan mengenai Ikhtilaf tadladl dan ikhtilaf tanawwu.
[2]. Shahih
Bukhari, kitab Al-I’tisham, bab Ajrul Hakim Idzaj Tahada fa AShaba au Akhtha’a,
hadits no. 7352, juz 8 hal. 198, lihat Fathul Bari hal.257 Muslim, kitab
Al-Aqdliyah, bab Bayan Ajril Hakim, no. 1716
[3]. Lihat Majmu
Fatawa juz 19, hal. 213, 216, 217,227
[4]. Iqtidla
As-Sirathil mustaqim, hal. 268
[5]. Majmu
Fatawa, juz 26 hal. 202
[6]. Raf’ul
Malam An-Aimmatil A’lam, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah
Credit to
brother alim izzah Raja
Khalid
full ciplak from Anak Pendang Sekeluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan