Khamis, 26 Julai 2012

Lebih kurang saja..

Satu petang di tepi pantai di bawah pokok kelapa nan sebatang kelihatan seorang pemuda yang baru balik dari kerja, dia berusaha keluar buat dakwah lagi dan lagi untuk merehatkan dirinya. Kelihatan dia melemparkan mata kail yang sudah ada umpan pon-pon ke laut. Tali pancing yang terikat di ibu jari kaki dibiar begitu. Sambil baring-baring pemuda itu membaca majalah. Tidak berapa lama kemudian pemuda itu menarik tali pancingnya, kelihatan seekor ikan bergerak2 minta tolong dilepaskan. Ikan dilepaskan dari mata kail. Dimasukkan ke dalam bekas. Cacing pon-pon yang masih bergerak2 minta tolong dilepaskan melekat di mata kail dilempar kembali jauh-jauh ke laut. Si pemuda sambung baring-baring sambil baca majalah.

          Begitulah setiap petang. Selepas dapat tiga atau empat ekor ikan dia akan pulang ke rumah. Tapi petang itu lain sikit...

          Seorang pakcik pakai spek hitam, berbaju kemeja dengan seluar kaki panjang   yang sejak tadi melihat si pemuda itu dari jauh datang dekat. Sampai dekat pokok kelapa nan sebatang dia menegur pemuda itu...

          “Anak tengah buat apa?”
          “Saja pakcik, rehat2 sambil baca majalah”

          “Anak baca majalah apa?”
          “Majalah biasa pakcik, majalah Islamic”.

“hujung kaki ada tali untuk apa?”
          “ooo ini tali pancing pakcik, sambil2 rehat dapat tiga empat ekor ikan boleh buat lauk malam nanti”

          “kenapa tak memancing betul-betul di tengah laut sikit?”
          “untuk apa pakcik?”

          “supaya boleh dapat lebih banyak ikan untuk dijual, dapat untung boleh beli bot untuk tangkap ikan?”
          “untuk apa pakcik?”

          “supaya boleh dapat lebih banyak lagi  ikan untuk dijual, dapat untung lagi banyak boleh beli bot besar tangkap ikan di laut dalam?”                      
          “untuk apa pakcik?”

          “oooh supaya anak boleh jadi bos tak payah tangkap ikan cuma tengok2 pekerja buat kerja tangkap ikan yang laaagi banyak?”                                             
          “untuk apa pakcik?”

          “oooh supaya makin kaya dan beli bot banyak2 lepas tu boleh besarkan perniagaan eksport ikan ke seluruh dunia jadi nelayan berjaya?”                              
          “lepas tu untuk apa pulak pakcik?”

          “oooh bila kamu sudah berjaya jadi orang kaya, kamu tak perlu buat kerja hanya buat sedikit management kemudian kamu boleh pergi melancong di Hawaii”
          “nanti di Hawai apa saya perlu buat pakcik?”

          oooh my dear…nanti di Hawaii kamu boleh rehat2 di bawah pokok kelapa di tepi pantai ”
          owh my pakcik…sekarang ini pun saya sedang rehat2 di bawah pokok kelapa di tepi pantai.”
          “Pakcik, untuk saya pegi Hawaii rehat2 di bawah pokok kelapa di tepi pantai banyak proses yang perlu saya lalui, mungkin juga saya mati dan x sempat sampai tahap tu. Dan sekarang ini pun saya sedang rehat2 di bawah pokok kelapa di tepi pantai”

           Sebentar kemudian, selepas dapat tiga empat ekor ikan si pemuda bersiap pulang ke rumah, bersiap untuk solat maghrib dan 5 amal maqomi....nak tau apa 5 amal maqomi? ha inilah kerja setiap lelaki beriman di akhir zaman. Nak tau? Ikut keluar 3 Hari....
(Kisah ini hanyalah tamsilan yang saya dengar daripada bayan seorang pelajar madrasah, Jemaah Kelate yg keluar di halqah saya...saya edit sedikit)

          Orang kaya orang miskin lebih kurang saja...orang kaya lebih pun x lebih, orang miskin kurang pun x kurang...lebih kurang saja. Orang kaya kalau sakit. Contoh. Dia pergi hospital swasta bayar mahal2. Orang miskin kalau sakit dia pergi klinik kerajaan hanya bayar seringgit. Orang kaya makan semangkuk bubur ayam di hotel 5 bintang bayar RM100. Orang miskin belanja RM100 makan bubur ayam di rumah dengan anak isteri sempat lagi sedekah kepada jiran tetanggah. Lebih kurang saja...

          Semua makhluk adalah fakir @miskin @papakedana hanya Allah swt Yang Maha Kaya. Laailaha Illallah...

Kekayaan sebenar adalah sifat Qana`a...

Tiada ulasan: